Saturday, April 7, 2018

BERDAKWAH MELALUI SASTERA ISLAM OLEH ''KEMALA''

Melalui sastera juga kita boleh berdakwah. Saksikan video pendek daripada Dato' Dr.  Kamal Ahmad Abdullah sasterawan negarawan yang ke-11.

MENYINGKAP DEFINISI SASTERA OLEH SN MUHAMMAD HAJI SALLEH


NUJUM PAK BELALANG


Tajuk: Nujum Pak Belalang
ASPEK KAJIAN: Unsur Penipuan sebagai Lambang Kritikan dalam Nujum Pak Belalang
Bahan: Buku  Cerita Nujum Pak Belalang Arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Nujum Pak Belalang merupakan cerita rakyat Melayu yang penuh dengan unsur kritikan terhadap masyarakat. Sastera sebagai bahan hiburan bukan sahaja mengetengahkan nilai-nilai hiburan tetapi juga nilai pengajaran dalam bentuk hiburan. Nujum Pak Belalang sebuah cerita lucu tetapi mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan nasihat buat masyarakat daripada cerita Nujum Pak Belalang. Aspek penipuan dalam Nujum pak Belalang antaranya ialah dia menipu pandai berubat lalu menjadi ahli nujum di dalam kampungnya.
Kritikan:
Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, dapat dilihat dengan jelas tentang wujudnya unsur penipuan sebagai suatu perlambangan dalam masyarakat. Kritikan yang dapat dilihat di dalam cerita Nujum Pak Belalang ini ialah ketaksuban atau kepercayaan terhadap ahli nujum. Pak Belalang yang pada asalnya merupakan seorang rakyat biasa dengan mudah ditabalkan sebagai ahli nujum Kerajaan Beringin Rindang hanya kerana dia bernasib baik. Setiap penipuannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa kecuali anaknya Belalang yang bersekongkol dengannya. Kepercayaan dan ketaksuban rakyat terhadap ahli nujum juga membantu mengangkatnya menjadi seorang ahli nujum yang terkemuka. Perasaan taksub rakyat ini juga mewujudkan rasa kepercayaan sepenuhnya terhadap ilmu perbomohan yang sesungguhnya tidak wujud dalam filem ini.
Kritikan kedua ialah Pak Belalang menipu bahawa dia mengetahui di mana keberadaan binatang-binatang yang hilang dicuri oleh perompak sedangkan anaknya Belalang telah menjumpai terlebih dahulu binatang-binatang yang dicuri itu. Dengan kebijaksanaan yang anaknya Belalang, dia telah berpura-pura menjadi ahli nujum dan memberitahu keberadaan binatang yang telah dicuri itu. Lalu, rancangan mereka berdua telah berjaya menutup mata rakyat dengan penipuan Pak Belalang. Hal ini menunjukkan Pak Belalang menipu menjadi ahli nujum sedangkan dia mengetahui keberadaan bintang itu melalui anaknya Belalang.

Kritikan ketiga ialah Pak Belalang telah didatangi oleh Raja dan Menteri tentang kehilangan harta benda mereka. Mereka menyuruh Pak Belalang mencari harta-harta mereka yang telah dicuri. Pak Belalang merasa takut kerana jika dia tidak berjaya menemui harta tersebut dia akan dibunuh, lalu dia melarikan diri ke dalam gua. Di gua tersebut dia melihat pencuri yang mencuri harta Raja dan Permaisuri sedang menghitung pembahagian harta kecurian itu. Lalu dia menakut-nakutkan pencuri-pencuri itu dan mereka berlari ketakutan. Maka terselamatlah Pak Belalang daripada hukuman Raja kerana telah berjaya menemui harta yang dicuri. Pak Belalang telah menipu Raja dan rakyat kampung sekali lagi dengan menjadi ahli nujum sedangkan dia bernasib baik kerana pencuri itu berada di tempat yang sama dia melarikan diri. Di sini kita melihat Pak Belalang bijak bertindak untuk menakutkan pencuri itu sehingga menyebabkan mereka lari dari gua tersebut dan meninggalkan harta-harta tersebut.

Seterusnya kritikan yang boleh disimpulkan ialah Pak Belalang mengatakan bahawa ia telah mengetahui di mana perhiasannya berada. Lalu ia memberitahu letak perhiasannya dan memberikan syarat untuk mengambil balik harta perhiasan tersebut. Syaratnya adalah saat memasuki gua mereka harus berjalan merangkak dan yang boleh memasuki gua hanya empat orang iaitu Raja, Permaisuri, Tuan Putri dan Perdana Menteri. Kemudian mereka segera mungkin menuju ke gua bukit tunggal. Seperti yang sudah disyaratkan Pak Belalang, mereka berempat memasuki gua dengan merangkak dan mencari keberadaan perhiasan mereka. Lalu mereka menemukan perhiasan-perhiasan kerajaan. Di sini kita boleh lihat Pak Belalang telah memperbodohkan Permaisuri, Tuan Putri, Raja dan Perdana Menteri untuk merangkak ke dalam gua bagi mendapatkan harta tersebut. Jika dia didapati menipu dia akan dikenakan hukuman, tetapi dia berani mengambil risiko untuk menipu kerabat diraja.

Disamping itu, kritikan seterusnya ialah Tuan Puteri sanggup menipu kedua raja dan permaisuri demi mendapatkan cintanya terhadap rakyat biasa iaitu Pak Belalang yang merupakan ahli nujum di kerajaannya. Tuan puteri telah berpura-pura jatuh sakit dan meminta ahli nujum untuk mengubati penyakitnya. Padahal ia hanyalah tipu helah tuan puteri untuk bertemu dan meluahkan rasa suka dan cintanya terhadap Pak Belalang. Pak Belalang telah menipu raja dan permaisuri dengan mengatakan bahawa Tuan Puteri perlu dijaga dan dirawat olehnya sehingga sembuh. Perbuatan Tuan Puteri ini  memperlihatkan bahawa beliau bukanlah seorang puteri yang tidak memandang darjat dan pangkat seseorang untuk dijadikan teman hidupnya. Namun begitu, kecerdikan ahli nujum itu telah membuatkan puteri jatuh cinta kepadanya hingga mereka disatukan.




Antara babak-babak yang melucukan di dalam cerita Nujum Pak Belalang. Saksikan!

Pak Belalang cuba menakut-nakutkan si pencuri Badan dan Nyawa sehingga mereka melarikan diri. 





Nyawa dan Badan sedang menghitung pembahagian barang kecurian yang dicuri. 





Thursday, March 22, 2018

KONSEP E-SASTERA DAN SOROTAN KAJIAN



E-sastera (cyber-literature) merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesusasteraan pada hari ini yang bergerak seiring dalam zaman teknologi maklumat. Jika dilihat pada maksudnya, e-sastera merupakan hasil-hasil pemikiran pengarang yang kreatif dan bermanfaat, mengandungi unsur-unsur siber atau elemen-elemen multimedia serta menggunakan pautan internet sebagai wadah penyampaian sesebuah karya sastera.
Terdapat dua kajian lepas diterbitkan yang berkaitan dengan e-sastera, iaitu pertama oleh Mohamad Mokhtar Hassan dan Tg Intan Marlina Tg. Mohd Ali (2006), bertajuk “Jabatan Pengajian Melayu: Dulu, Kini dan Masa Depan.” Makalah ini diterbitkan dalam buku SEBAHTERA 2006 PPBKKM-APM yang diterbitkan oleh Penerbit Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Makalah ini menganalisis kursus-kursus Kesusasteraan Melayu yang ditawarkan di Jabatan Pengajian Melayu dan di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dari tahun 1960-an hingga 2006. Penelitian dilakukan terhadap kursus-kursus tersebut bagi menganalisis sejauh mana kursus tersebut memperkasakan Kesusasteraan Melayu pada masa hadapan (Mohamad Mokhtar Hassan & Tg. Intan Marlina Tg. Mohd Ali, 2006). Kajian ini melihat pelaksanaan tiga kursus baru yang ditawarkan kepada pelajar sesuai dengan perkembangan semasa dan juga cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya.
Kajian lepas yang kedua pula bertajuk “Karya Sastera Moden sebagai Pengisian Pengajian Kebangsaan di Jabatan Kesusasteraan Melayu, APM oleh Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Madiawati Mamat @ Mustaffa & Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2007). Makalah ini diterbitkan dalam Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan, Anwar Omar Din, Sebahtera 2 pengajian Melayu Teras Pengajian Kebangsaaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Makalah ini menganalisis kursus-kursus di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu bagi tujuan memperkasakan Kesusasteraan Melayu pada masa hadapan (Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Madiawati Mamat & Mohamad Mokhtar Abu Hassan dlm. Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan & Anwar Omar Din, 2007). Kajian ini hanya memfokuskan tiga kursus terkini di Jabatan Kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan perkembangan sekarang yang dan juga cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya.
Kajian lepas luar negara pula melibatkan kajian oleh Slusser (1992). Dalam kajiannya, Cyberpunk And The Future Of Narrative terdapat banyak ulasan karya sastera dalam talian bergenre novel terawal.
Kajian seterusnya oleh Medy Loekito (2001) dalam kajiannya Cyber Graffity berpandangan bahawa sastera siber adalah sastera bebas, penerbitannya terbatas, namun mudah difahami. 


Monday, March 12, 2018

KONSEP E-SASTERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda mendengar tentang e-sastera? Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita menonton video penerangan mengenai e-sastera.

BERDAKWAH MELALUI SASTERA ISLAM OLEH ''KEMALA''

Melalui sastera juga kita boleh berdakwah. Saksikan video pendek daripada Dato' Dr.  Kamal Ahmad Abdullah sasterawan negarawan yang ke...