Thursday, March 22, 2018

KONSEP E-SASTERA DAN SOROTAN KAJIAN



E-sastera (cyber-literature) merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesusasteraan pada hari ini yang bergerak seiring dalam zaman teknologi maklumat. Jika dilihat pada maksudnya, e-sastera merupakan hasil-hasil pemikiran pengarang yang kreatif dan bermanfaat, mengandungi unsur-unsur siber atau elemen-elemen multimedia serta menggunakan pautan internet sebagai wadah penyampaian sesebuah karya sastera.
Terdapat dua kajian lepas diterbitkan yang berkaitan dengan e-sastera, iaitu pertama oleh Mohamad Mokhtar Hassan dan Tg Intan Marlina Tg. Mohd Ali (2006), bertajuk “Jabatan Pengajian Melayu: Dulu, Kini dan Masa Depan.” Makalah ini diterbitkan dalam buku SEBAHTERA 2006 PPBKKM-APM yang diterbitkan oleh Penerbit Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Makalah ini menganalisis kursus-kursus Kesusasteraan Melayu yang ditawarkan di Jabatan Pengajian Melayu dan di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dari tahun 1960-an hingga 2006. Penelitian dilakukan terhadap kursus-kursus tersebut bagi menganalisis sejauh mana kursus tersebut memperkasakan Kesusasteraan Melayu pada masa hadapan (Mohamad Mokhtar Hassan & Tg. Intan Marlina Tg. Mohd Ali, 2006). Kajian ini melihat pelaksanaan tiga kursus baru yang ditawarkan kepada pelajar sesuai dengan perkembangan semasa dan juga cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya.
Kajian lepas yang kedua pula bertajuk “Karya Sastera Moden sebagai Pengisian Pengajian Kebangsaan di Jabatan Kesusasteraan Melayu, APM oleh Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Madiawati Mamat @ Mustaffa & Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2007). Makalah ini diterbitkan dalam Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan, Anwar Omar Din, Sebahtera 2 pengajian Melayu Teras Pengajian Kebangsaaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Makalah ini menganalisis kursus-kursus di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu bagi tujuan memperkasakan Kesusasteraan Melayu pada masa hadapan (Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Madiawati Mamat & Mohamad Mokhtar Abu Hassan dlm. Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan & Anwar Omar Din, 2007). Kajian ini hanya memfokuskan tiga kursus terkini di Jabatan Kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan perkembangan sekarang yang dan juga cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya.
Kajian lepas luar negara pula melibatkan kajian oleh Slusser (1992). Dalam kajiannya, Cyberpunk And The Future Of Narrative terdapat banyak ulasan karya sastera dalam talian bergenre novel terawal.
Kajian seterusnya oleh Medy Loekito (2001) dalam kajiannya Cyber Graffity berpandangan bahawa sastera siber adalah sastera bebas, penerbitannya terbatas, namun mudah difahami. 


No comments:

Post a Comment

BERDAKWAH MELALUI SASTERA ISLAM OLEH ''KEMALA''

Melalui sastera juga kita boleh berdakwah. Saksikan video pendek daripada Dato' Dr.  Kamal Ahmad Abdullah sasterawan negarawan yang ke...