Saturday, April 7, 2018
BERDAKWAH MELALUI SASTERA ISLAM OLEH ''KEMALA''
NUJUM PAK BELALANG
Nujum Pak Belalang merupakan cerita rakyat Melayu
yang penuh dengan unsur kritikan terhadap masyarakat. Sastera sebagai bahan
hiburan bukan sahaja mengetengahkan nilai-nilai hiburan tetapi juga nilai
pengajaran dalam bentuk hiburan. Nujum Pak Belalang sebuah cerita lucu tetapi
mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan nasihat buat masyarakat
daripada cerita Nujum Pak Belalang. Aspek penipuan dalam Nujum pak Belalang antaranya
ialah dia menipu pandai berubat lalu menjadi ahli nujum di dalam kampungnya.
Kritikan:
Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, dapat
dilihat dengan jelas tentang wujudnya unsur penipuan sebagai suatu perlambangan
dalam masyarakat. Kritikan yang dapat dilihat di dalam cerita Nujum Pak Belalang
ini ialah ketaksuban atau kepercayaan terhadap ahli nujum. Pak Belalang yang
pada asalnya merupakan seorang rakyat biasa dengan mudah ditabalkan sebagai
ahli nujum Kerajaan Beringin Rindang hanya kerana dia bernasib baik. Setiap
penipuannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa kecuali anaknya Belalang yang
bersekongkol dengannya. Kepercayaan dan ketaksuban rakyat terhadap ahli nujum
juga membantu mengangkatnya menjadi seorang ahli nujum yang terkemuka. Perasaan
taksub rakyat ini juga mewujudkan rasa kepercayaan sepenuhnya terhadap ilmu
perbomohan yang sesungguhnya tidak wujud dalam filem ini.
Kritikan kedua ialah Pak Belalang menipu bahawa
dia mengetahui di mana keberadaan binatang-binatang yang hilang dicuri oleh
perompak sedangkan anaknya Belalang telah menjumpai terlebih dahulu
binatang-binatang yang dicuri itu. Dengan kebijaksanaan yang anaknya Belalang,
dia telah berpura-pura menjadi ahli nujum dan memberitahu keberadaan binatang
yang telah dicuri itu. Lalu, rancangan mereka berdua telah berjaya menutup mata
rakyat dengan penipuan Pak Belalang. Hal ini menunjukkan Pak Belalang menipu
menjadi ahli nujum sedangkan dia mengetahui keberadaan bintang itu melalui
anaknya Belalang.
Kritikan ketiga ialah Pak Belalang telah
didatangi oleh Raja dan Menteri tentang kehilangan harta benda mereka. Mereka
menyuruh Pak Belalang mencari harta-harta mereka yang telah dicuri. Pak
Belalang merasa takut kerana jika dia tidak berjaya menemui harta tersebut dia
akan dibunuh, lalu dia melarikan diri ke dalam gua. Di gua tersebut dia melihat
pencuri yang mencuri harta Raja dan Permaisuri sedang menghitung pembahagian
harta kecurian itu. Lalu dia menakut-nakutkan pencuri-pencuri itu dan mereka
berlari ketakutan. Maka terselamatlah Pak Belalang daripada hukuman Raja kerana
telah berjaya menemui harta yang dicuri. Pak Belalang telah menipu Raja dan
rakyat kampung sekali lagi dengan menjadi ahli nujum sedangkan dia bernasib
baik kerana pencuri itu berada di tempat yang sama dia melarikan diri. Di sini
kita melihat Pak Belalang bijak bertindak untuk menakutkan pencuri itu sehingga
menyebabkan mereka lari dari gua tersebut dan meninggalkan harta-harta
tersebut.
Seterusnya kritikan yang boleh disimpulkan ialah Pak
Belalang mengatakan bahawa ia telah mengetahui di mana perhiasannya berada.
Lalu ia memberitahu letak perhiasannya dan memberikan syarat untuk mengambil
balik harta perhiasan tersebut. Syaratnya adalah saat memasuki gua mereka harus
berjalan merangkak dan yang boleh memasuki gua hanya empat orang iaitu Raja,
Permaisuri, Tuan Putri dan Perdana Menteri. Kemudian mereka segera mungkin
menuju ke gua bukit tunggal. Seperti yang sudah disyaratkan Pak Belalang,
mereka berempat memasuki gua dengan merangkak dan mencari keberadaan perhiasan
mereka. Lalu mereka menemukan perhiasan-perhiasan kerajaan. Di sini kita boleh
lihat Pak Belalang telah memperbodohkan Permaisuri, Tuan Putri, Raja dan
Perdana Menteri untuk merangkak ke dalam gua bagi mendapatkan harta tersebut. Jika
dia didapati menipu dia akan dikenakan hukuman, tetapi dia berani mengambil
risiko untuk menipu kerabat diraja.
Disamping itu, kritikan seterusnya ialah Tuan
Puteri sanggup menipu kedua raja dan permaisuri demi mendapatkan cintanya
terhadap rakyat biasa iaitu Pak Belalang yang merupakan ahli nujum di
kerajaannya. Tuan puteri telah berpura-pura jatuh sakit dan meminta ahli nujum
untuk mengubati penyakitnya. Padahal ia hanyalah tipu helah tuan puteri untuk
bertemu dan meluahkan rasa suka dan cintanya terhadap Pak Belalang. Pak
Belalang telah menipu raja dan permaisuri dengan mengatakan bahawa Tuan Puteri
perlu dijaga dan dirawat olehnya sehingga sembuh. Perbuatan Tuan Puteri
ini memperlihatkan bahawa beliau
bukanlah seorang puteri yang tidak memandang darjat dan pangkat seseorang untuk
dijadikan teman hidupnya. Namun begitu, kecerdikan ahli nujum itu telah
membuatkan puteri jatuh cinta kepadanya hingga mereka disatukan.
Antara babak-babak yang melucukan di dalam cerita Nujum Pak Belalang. Saksikan!
Pak Belalang cuba menakut-nakutkan si pencuri Badan dan Nyawa sehingga mereka melarikan diri.
Nyawa dan Badan sedang menghitung pembahagian barang kecurian yang dicuri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERDAKWAH MELALUI SASTERA ISLAM OLEH ''KEMALA''
Melalui sastera juga kita boleh berdakwah. Saksikan video pendek daripada Dato' Dr. Kamal Ahmad Abdullah sasterawan negarawan yang ke...
-
Tajuk: Nujum Pak Belalang ASPEK KAJIAN: Unsur Penipuan sebagai Lambang Kritikan dalam Nujum Pak Belalang Bahan: Buku Cerita Nujum P...
-
E-sastera ( cyber-literature ) merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesusasteraan pada hari ini yang bergerak seiring dalam zaman ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda mendengar tentang e-sastera? Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut? Jom sama-sama ...